PRK Chini: Pas pastikan penyokong undi calon BN

Mohd Fadhil Noor (kiri), Mohamad dan Mohd Sharim (kanan) pada Majlis Pelancaran Gagasan Generasi Baharu yang disempurnakan Najib di Bandar DARA, Chini, hari ini.
Mohd Fadhil Noor (kiri), Mohamad dan Mohd Sharim (kanan) pada Majlis Pelancaran Gagasan Generasi Baharu yang disempurnakan Najib di Bandar DARA, Chini, hari ini.
A
A
A

PEKAN - Pas kawasan Pekan memberi tumpuan sepenuhnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dengan menggerakkan seluruh jentera di semua peringkat bagi memastikan kemenangan selesa calon BN.

Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Pekan, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim berkata, parti itu akan berusaha memastikan sokongan kepada calon BN, Mohd Sharim Md Zin yang juga mewakili Muafakat Nasional (MN).

Menurutnya, pada PRU14 lalu, beliau sebagai calon Pas memperoleh lebih 5,000 undi dan pada PRK kali ini semua undi itu akan dipastikan beralih kepada calon BN.

"Selama tujuh hari tempoh kempen ini, kami sudah menemui lebih 4,000 pengundi daripada jumlah sasaran lebih 5,000 pengundi Pas di DUN ini.

"Selebihnya kalangan pengundi luar dan mereka juga akan kita dekati bagi menarik undi kepada calon BN, " katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Gagasan Generasi Baharu yang disempurnakan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bandar DARA, Chini di sini pagi tadi.

Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Mohd Fadhil Noor berkata, pengundi Pas dahulu juga antara kekuatan yang ada untuk memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya kecil ini.

"Kalau dulu, dalam program kita (Pas), selalunya hanya kedengaran laungan 'Hidup Pas, Hidup Islam dan Takbir" tapi pada program hari ini, turut kedengaran 'Hidup BN, hidup Pas dan hidup Muafakat Nasional yang dilaungkan penyokong UMNO dan BN," katanya.

Artikel Berkaitan: