Kes bunuh: Polis cari Jo

Angga Muhammad dicari polis bagi membantu siasatan kes bunuh di daerah Klang.
Angga Muhammad dicari polis bagi membantu siasatan kes bunuh di daerah Klang.
A
A
A

KLANG - Polis giat mengesan seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Jo bagi membantu siasatan kes bunuh di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam satu kenyataan hari ini berkata, Jo atau nama sebenarnya Angga Muhammad Safii berusia 23 tahun.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung lelaki itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Sukri Ayob di talian 012-5586363 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: