Taska di empat hospital kerajaan beroperasi Januari lalu

Nicole (tiga kanan) dan Pengarah Eksekutif SNS Products Sdn Bhd, May Hwong (empat kanan) bersama pengamal media selepas selesai majlis.
Nicole (tiga kanan) dan Pengarah Eksekutif SNS Products Sdn Bhd, May Hwong (empat kanan) bersama pengamal media selepas selesai majlis.
A
A
A

SEREMBAN - Kemudahan taman asuhan kanak-kanak (Taska) 24 jam di tempat kerja untuk penjawat awam di empat buah hospital kerajaan di negeri ini sudah beroperasi sejak Januari lalu.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, empat hospital itu ialah Hospital Tuanku Jaafar,Seremban; Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah; Hospital Port Dickson dan Hospital Jempol.

Beliau berkata, taska di Hospital Tuanku Jaafar dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah masing-masing kini menempatkan seramai 48 dan 29 orang kanak-kanak manakala, Hospital Jempol seramai 16 orang kanak-kanak dan Hospital Port Dickson pula seramai 37 orang.

"Kemudahan Taska berkenaan tidak pernah di tutup walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan petugas barisan hadapan masih bertugas.

"Bagaimana pun, kemudahan tersebut bukan sahaja ditawarkan kepada petugas barisan hadapan tetapi turut ditawarkan kepada pengamal media di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas selesai Majlis Penyerahan ‘Child safety seat’ kepada Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS) dan Persatuan Wartawan Akhbar Cina Negeri Sembilan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Kepayang hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tiga lagi Taska akan dilawati dari masa ke masa bagi memastikan pihak pengurusan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Terdahulu, projek rintis kemudahan Taska di tempat kerja bermula dengan kakitangan Wisma Negeri, Negeri Sembilan yang beroperasi di Masjid Negeri.

Kemudahan ini hanya dapat disediakan jika ada permintaan dan setiap jabatan dan agensi kerajaan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini memperuntukkan RM200,000 setahun untuk menyediakannya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, beliau berharap pengamal media akan menjadi contoh kepada masyarakat berhubung kepentingan tempat duduk keselamatan kanak-kanak.

" Penggunaan tempat duduk keselamatan ini penting demi keselamatan anak-anak kita," katanya.