Kakitangan PLUS maut kemalangan di NKVE

Gambar kenangan Wan Mazlinda bersama keluarganya ketika di Masjidil Haram, Makkah. Foto Ihsan pembaca Sinar Harian.
Gambar kenangan Wan Mazlinda bersama keluarganya ketika di Masjidil Haram, Makkah. Foto Ihsan pembaca Sinar Harian.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang kakitangan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) cawangan Plaza Tol Damansara maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Subang-Damansara, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, mangsa, Wan Mazlinda Wan Mohamad, 31, dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal Yamaha Lagenda dipercayai terbabas ketika melalui selekoh di lorong kiri lebuh raya berkenaan.

Suami mangsa, Mohd Nazir Zainuddin, 38, berkata, beliau menerima panggilan daripada rakan sekerja arwah isterinya yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Ketika itu saya berada di dalam lori penghantaran roti di Petaling Jaya," katanya.

Mohd Nizar, 38, berkata, kebiasaannya beliau dan Wan Mazlinda bergerak ke tempat kerja pada waktu yang sama dengan menunggang motosikal masing-masing sebelum berpisah di simpang Seksyen 32, Shah Alam tetapi semalam arwah bergerak lebih awal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Nazir berkata, mereka mendirikan rumah tangga selama 14 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak berusia tiga hingga 12 tahun.

"Saya cukup terkesan dengan pemergiannya malah tidak menyangka arwah akan pergi walaupun perasan ada perubahan sejak beberapa hari lalu termasuk kerap memasak makanan untuk bekalan saya ke tempat kerja.

"Arwah juga ada memberi ucapan dan hadiah untuk saya sempena hari bapa, Ahad lalu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Soeharto, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor selepas bedah siasat di Pusat Perbuatan Universiti Malaya.