X

Kindly register in order to view this article
!

Lebih 69 peratus pekerja tidak selesa kembali ke tempat kerja

Lebih 69 peratus pekerja daripada pelbagai peringkat usia di Thailand dan Malaysia masih tidak selesa untuk kembali ke tempat kerja pada masa ini. - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih 69 peratus pekerja daripada pelbagai peringkat usia di Thailand dan Malaysia masih tidak selesa untuk kembali ke tempat kerja pada masa ini, demikian menurut kajian oleh penyedia penyelesaian pengurusan berpengalaman Qualtrics.

Kajian 'Return to Work and Back to Business' mendedahkan bahawa orang di Malaysia dan juga Thailand perlu merasa yakin untuk memasuki kembali kehidupan masyarakat.

Sementara itu, 62 peratus pekerja dijangka kembali ke tempat kerja menjelang Julai, sementara lebih separuh menyatakan rawatan (58 peratus) atau vaksin (61 peratus) mesti diluluskan agar mereka merasa selesa untuk kembali ke tempat kerja.

“Dengan langkah-langkah sekatan pergerakan mulai dikurangkan, kita mula melihat perniagaan dan tempat kerja telah dibuka semula dan kembali seperti sedia kala. Bagaimanapun, majikan dan perniagaan perlu ingat langkah membuka semula mungkin tidak sesuai dengan ketersediaan pekerja atau pelanggan mereka untuk kembali,” kata ketua Asia Tenggara Mao Gen Foo.

Qualtrics berkata, pertubuhan dan kerajaan perlu faham bagaimana tingkah laku serta sikap pekerja dan pelanggan telah berubah agar mereka boleh mengambil tindakan dalam membantu mereka (pekerja dan pelanggan) merasa lebih yakin pada fasa normal baharu berikutnya.

Sementara itu, berkenaan dengan pengangkutan awam pula, 67 peratus merasakan tidak selesa menggunakannya pada masa ini dan 73 peratus merasa tidak selesa menggunakan pesawat. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!