Hanya boleh forward kepada lima pengguna WhatsApp

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Perkhidmatan aplikasi mesej, WhatsApp secara global mengehadkan jumlah pengguna yang mengirimkan semula atau 'forward' mesej kepada lima penerima dalam usaha untuk membendung penyebaran maklumat salah dan khabar angin.

"Langkah itu berkuatkuasa di seluruh dunia pada hari ini," kata Timbalan Presiden untuk Polisi dan Komunikasi WhatsApp, Victoria Grand dalam satu acara di Jakarta pada Isnin.

Sebelum ini, pengguna WhatsApp boleh mengirimkan semula mesej kepada 20 penerima atau kumpulan.

Julai lalu, had sama dikuatkuasakan di India selepas penyebaran khabar angin di media sosial yang membawa kepada pembunuhan kejam dan serangan ganas di negara itu.

WhatsApp mempunyai kira-kira 1.5 bilion pengguna telah cuba mencari cara untuk menghentikan salah guna aplikasi tersebut selepas platform itu telah digunakan untuk menyebarkan berita palsu, manipulasi gambar, video tanpa konteks dan audio palsu. - Reuters

Artikel Berkaitan: