X

Kindly register in order to view this article
!

Saham FGV meningkat susulan pengurangan yuran Lembaga Pengarah

Saham FGV Holdings Bhd menokok tiga sen kepada RM1.06 sen dengan 566,250 saham bertukar tangan.
A
A

KUALA LUMPUR - Saham FGV Holdings Bhd di Bursa Malaysia meningkat pagi ini berikutan pelabur memberi reaksi positif ke atas pengurangan yuran Lembaga Pengarahnya sebanyak 20 peratus.

Pada 9.59 pagi, kaunter tersebut menokok tiga sen kepada RM1.06 sen dengan 566,250 saham bertukar tangan.

Semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-12 pada Jumaat, pengerusinya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, Lembaga Pengarah FGV Holdings Bhd bersetuju pengurangan yuran sebanyak 20 peratus berkuat kuasa Julai 2020 hingga Disember 2020.

Selain itu, beliau berkata, kakitangan dalam pengurusan kanan akan mengambil dua hari cuti mandatori tanpa gaji dan pengurangan 20 peratus elaun kereta mereka dalam tempoh sama.

"Dari perspektif Lembaga Pengarah, adalah wajar kami memainkan peranan untuk membantu walaupun kecil,” katanya pada sidang akhbar maya selepas AGM berkenaan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus