X

Kindly register in order to view this article
!

Pontian catat bilangan mangsa banjir tertinggi

Keadaan banjir di sebuah rumah penduduk di Kampung Jasa Sepakat Pekan Nanas, Pontian.
A
A

JOHOR BAHRU - Daerah Pontian mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi berbanding daerah lain apabila seramai 399 mangsa daripada 100 buah keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Satu lagi PPS turut dibuka di Pontian iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu Raya menjadikannya sebanyak lima PPS berbanding empat dilaporkan tengah hari semalam termasuk SK Parit Haji Adnan, SK Kampung Sawah, SK Seri Bukit Panjang dan SK Seri Bunian.

Bagaimanapun, mangsa banjir di Johor menunjukkan penurunan dengan jumlah keseluruhan 941 orang daripada 227 keluarga yang kini berada di kesemua 18 pusat pemindahan sementara (PPS) negeri ini berbanding 1,219 orang tengah hari semalam.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, selain daerah Pontian, Batu Pahat, Kluang, Muar dan Tangkak turut dilanda banjir.

"Di Muar seramai 272 orang daripada 72 keluarga ditempatkan di empat PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani, SK Parit Nawi, SK Orang Kaya Ali dan SK Batu 18 dan SK Parit Bulat.

Pusat pemindahan sementara mangsa banjir di SK Kampung Sawah Pekan Nanas, Pontian.
Pusat pemindahan sementara mangsa banjir di SK Kampung Sawah Pekan Nanas, Pontian.

"Batu Pahat mencatatkan jumlah mangsa banjir seramai 217 orang daripada 44 keluarga yang kini ditempatkan di empat PPS iaitu SK Agama Air Putih, Balai Raya Kampung Peserai, SK Tiga Serangkai dan Sekolah Agama Tiga Serangkai," katanya pagi ini.

Menurutnya, sebanyak dua PPS masih dibuka di Kluang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Abdul Rahman Andak dan SK Sungai Linau yang menempatkan 31 orang daripada lapan keluarga.

Bagi Tangkak pula katanya, seramai 22 mangsa daripada tiga keluarga masih ditempatkan di SK Parit Bunga dan SK Tanjung Gading 5.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!