X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita OKU tidak ada lesen kereta tapi kena saman

Polis mahu mengenal pasti siapa yang memandu kereta Honda Accord (dalam kotak) di persimpangan lampu isyarat di Norwood, Australia pada 29 Januari 2017. - Foto Polis SA
A
A

ADELAIDE - Polis Australia mencari maklumat bagaimana sebuah kereta milik seorang wanita kurang upaya (OKU), mendiang Ann Marie Smith boleh dikenakan saman kesalahan jalan raya sedangkan dia tidak boleh memandu kenderaan.

Menurut laporan Mailonline pada 20 Jun lalu, penemuan itu diperoleh selepas polis bimbang mengenai kes barang kemasnya yang hilang dan kompaun kesalahan jalan raya yang mencecah lebih A$2,000 (RM5,834).

Seorang pegawai polis, Detektif Superintendan Des Bray berkata, para penyiasat polis sedang mencari maklumat tentang penggunaan kenderaan tersebut iaitu Honda Acccord Silver keluaran tahun 1988.

"Kami percaya keretanya digunakan banyak kali dari tahun 2015 sehingga dia meninggal dunia," katanya.

Kereta itu juga didaftarkan atas nama wanita tersebut dan digunakan oleh individu yang tidak dikenali antara tahun 2015 hngga 2018.

Dalam tempoh tersebut, Marie Smith menerima empat saman kesalahan jalan raya lebih A$2,000.

Kereta itu didapati mempunyai saman kesalahan memandu melebihi had laju dan kesalahan melanggar lampu isyarat pada bulan Ogos 2015, Januari 2017 dan Februari 2018.

Marie Smith juga didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Saman itu kemudian dibayar dengan menggunakan kad kredit wanita tersebut yang berusia 54 tahun sebelum dia meninggal dunia.

Dia juga tinggal seorang diri di rumah dan mewarisi harta daripada ibu bapanya yang sudah meninggal dunia.

Wanita itu yang mempunyai penyakit palsi serebral meninggal dunia di sebuah hospital akibat kegagalan organ dalaman berfungsi dan renjatan septik pada bulan April lalu dan menghadapi masalah kekurangan zat makanan.

Dia menghadapi masalah itu ketika berada di bawah jagaan Skim Insurans Ketidakupayaan Kebangsaan.

Polis percaya dia mungkin menghabiskan masa selama setahun duduk di atas kerusi rotan sebelum meninggal dunia.

Polis juga melancarkan siasatan tentang kematian wanita berkenaan dan meminta orang ramai menyampaikan maklumat berhubung kehilangan barangan kemas miliknya yang bernilai kira-kira A$35,000 (RM102,096) dan dua buah peti sejuk yang hilang dari rumahnya.

Pihak berkuasa juga menemui butiran akaun kewangannya seperti ada yang tidak kena apabila sejumlah wang yang diwarisinya daripada kelurganya turut dikeluarkan.

Polis turut menyiasat wang pinjaman sebanyak A$70,000 (RM204,192) daripada akaun banknya yang turut dikeluarkan sebelum dia meninggal dunia. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus