Kes kampung tiada elektrik, MB Pahang teliti aduan

Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Kerajaan Pahang akan meneliti aduan berhubung masalah ketiadaan elektrik dan bekalan air bersih di Kampung Tersusun Mawar Tepian Desa (MTD).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya tidak akan meminggirkan mana-mana penduduk.

"Kita akan selesai satu persatu, kita tak boleh pergi serentak. Sebab perkara ini perlu diperhalusi dengan diteliti, perlu mendapat pandangan agensi-agensi sebab ini kawasan tanah tinggi.

"Apa jua permohonan masyarakat kita akan terima dan akan perhalusi, kita tidak boleh luluskan serta merta," katanya kepada media selepas sesi ramah mesra bersama penduduk di Kampung Desa Kayangan, Brinchang, di sini, hari ini.

Wan Rosdy (duduk; empat, kiri) dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (duduk; empat, kanan) meluangkan masa bersama penduduk Kampung Desa Kayangan, Brinchang, hari ini.
Wan Rosdy (duduk; empat, kiri) dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (duduk; empat, kanan) meluangkan masa bersama penduduk Kampung Desa Kayangan, Brinchang, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, penduduk di Kampung Tersusun Mawar Tepian Desa (MTD), Kampung Raja di sini berharap masalah ketiadaan kemudahan elektrik yang membelenggu sejak 20 tahun lalu dapat diselesaikan.

Menurut penduduk, ketiadaan elektrik dan bekalan air bersih menyukarkan mereka menjalani kehidupan seharian.

[ARTIKEL BERKAITAN: Orang Asli pun ada elektrik tapi kami...]

Artikel Berkaitan:

Ditanya dakwaan penduduk bahawa masalah itu berlarutan sejak 1999, Wan Rosdy berkata, ia mungkin kes terpencil.

"Kita bantu sepanjang masa itu, kalau ada (masalah,) mungkin kes terpinggir. Jadi tuduhan (kami tak peduli itu) kalau ada 10 orang, seorang sahaja buat begitu," katanya.