Malaysia pertimbang buka sempadan antarabangsa

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti pembukaan semula sempadan antarabangsa untuk enam negara berstatus zon hijau.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, pembukaan secara bersyarat itu masih dalam proses perbincangan.

Menurutnya, enam negara yang dikenal pasti ialah Singapura, Australia, Brunei, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

"Kita sudah mengenal pasti enam negara tetapi masih pada peringkat perbincangan awal untuk memperoleh persetujuan bersama dan prosedur operasi standard (SOP) kedua-dua pihak.

"Kawalan sempadan masih diperketatkan hingga kini walaupun kita memberi sedikit kebenaran kepada beberapa perkara.

"Mereka perlu mengikut SOP termasuk kuarantin dan saringan," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Malaysia sudah bersedia membuka semula pintu sempadan antarabangsa.

Artikel Berkaitan: