Nabila Razali padam foto IG: Gimik lagi ke?

Nabila
A
A

PENYANYI Nabila Razali menimbulkan tanda tanya apabila memadam lebih 3000 foto di laman sosial Instagramnya sejak Ahad.

Nabila yang terkenal dengan lagu Pematah Hati hanya meninggalkan sekeping foto dengan kapsyen spanar hidup.

Perkara itu turut menjadi persoalan segelintir netizen yang menyangka laman sosialnya itu digodam individu tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, segelintir netizen turut menjangkakan penyanyi wanita yang terkenal sebagai ratu gimik itu bakal keluar dengan single terbaharu dalam masa terdekat.

Nabila yang dihubungi enggan mengulas perkara itu dan meminta peminatnya bersabar.

“Ia hanya teaser bukan gimik” ujarnya.

Nabila sebelum ini menggunakan gimik bercinta dengan pelakon Aedy Asyraf sebelum melancarkan lagu Pematah Hati.

Lagu tersebut berjaya mendapat perhatian apabila mendapat sejuta tontonan dalam tempoh 24 jam dilancarkan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia