Lelaki kejang otot atas pokok jering

Anggota bomba berusaha membawa turun mangsa yang terlekat di atas pokok jering pagi tadi. Foto: Ehsan Bomba
Anggota bomba berusaha membawa turun mangsa yang terlekat di atas pokok jering pagi tadi. Foto: Ehsan Bomba
A
A
A

JELI - Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan lebih satu jam di atas pokok jering akibat kekejangan otot dalam kejadian di Kampung Berdang di sini pagi tadi.

Mangsa, Mohd Zamzul Azmi Mohamad, 42, berkata, beliau memanjat pokok jering setinggi sembilan meter berdekatan rumah selepas mereka sekeluarga teringin menikmati jering.

“Pada mulanya tidak ada masalah, selang beberapa minit kemudian kaki saya kejang, nasib baik kakak saya ada di bawah dan dia terus menghubungi bomba,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mangsa terpaksa menahan sakit lebih sejam sebelum diselamatkan anggota bomba. Foto: Ehsan Bomba
Mangsa terpaksa menahan sakit lebih sejam sebelum diselamatkan anggota bomba. Foto: Ehsan Bomba

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.37 pagi dan enam anggota yang diketuai Nor Azman Sulaiman bergegas ke lokasi kejadian.

“Setelah sampai anggota mendapati lelaki berkenaan berada di atas pokok berada dalam keadaan lemah.

“Anggota bomba kemudiannya menurunkan mangsa dalam keadaan selamat dalam tempoh setengah jam,” katanya.

Artikel Berkaitan: