Status quo Bersatu: Permohonan Tun M, 4 ahli lain didengar 9 Julai ini

DR MAHATHIR
DR MAHATHIR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peguam, Haniff Khatri menjelaskan bahawa perintah sementara dalam permohonan di Mahkamah Tinggi semalam tidak sama dengan permohonan dalam tindakan utama mengenai keanggotaan dan jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen yang lain.

Menurutnya, ia juga termasuk kedudukan Datuk Marzuki Yahya sebagai Setiausaha Agung.

Katanya, permohonan perintah sementara itu dibuat bagi memastikan defendan tidak mengambil tindakan salah di masa depan.

Selepas tarikh perintah sementara itu katanya, jika diutarakan ia boleh menjejaskan isu-isu semasa sehingga tindakan utama didengar dan diputuskan.

“Oleh kerana permohonan perintah sementara tidak dapat didengar dan harus ditangguhkan kerana defendan memerlukan masa untuk memasukkan afidavit mereka, kami meminta injunksi ad-interim berkuat kuasa dari hari Rabu sehingga 9 Julai depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, injunksi ad-interim itu bagi memastikan defendan tidak melangkah lebih jauh atau berlaku perbuatan salah sehingga mahkamah berpeluang mendengar dan memutuskan permohonan perintah sehingga pada 9 Julai ini.

Menurutnya, ini tidak bermaksud mahkamah memutuskan bahawa Tun Dr Mahathir bukan ahli Bersatu atau Ketua parti berkenaan, begitu juga empat ahli Parlimen lain sebagaimana laporan yang disiarkan semalam.

Laporan itu katanya, memberi kesan awam bahawa pengadilan memutuskan untuk memutuskan kes tersebut terhadap plaintif, hakikatnya mahkamah belum memutuskannya sehingga menjelang 9 Julai ini.

Artikel Berkaitan: