Pes istimewa Dapur Ibu Jilah

Rafydah menunjukan pes daging salai batang pinang dan ikan patin paes tempoyak yang dikeluarkan di bawah jenama Dapur Ibu Jilah.
Rafydah menunjukan pes daging salai batang pinang dan ikan patin paes tempoyak yang dikeluarkan di bawah jenama Dapur Ibu Jilah.
A
A
A

PRODUK Dapur Ibu Jilah keluaran Rafydah Binti Ruslan Enterprise menawarkan produk sejuk beku sedia dimasak iaitu pes daging salai batang pinang dan ikan patin paes tempoyak dalam versi Negeri Sembilan.

Pengusahanya, Rafydah Ruslan berkata, kedua-dua produknya itu mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya melibatkan ramuan dan resipinya.

“Bagi pes daging salai batang pinang saya hasilkan berdasarkan resipi turun temurun ibu mentua saya iaitu Rohani Awang.

“Pes ikan patin paes tempoyak pula saya olah sendiri hasil daripada resipi seorang kenalan dari Pahang dengan menambah rasa pedasnya mengikut cita rasa orang Negeri Sembilan,” katanya kepada Bisnes Sinar.

Wanita berusia 40 tahun itu berkata, Rafydah berkata, idea menjual pes berkenaan timbul selepas mendapat permintaan daripada rakan-rakan yang pernah merasa resipi dihasilkannya itu.

“Pada awalnya saya hanya masak untuk keluarga dan rakan-rakan setiap kali menganjurkan majlis keramaian kerana ia merupakan makanan kegemaran saya.

“Menandangkan ada permiantaan dalam kalangan mereka, saya menjualnya secara kecil-kecilan sebelum beralih kepada peringkat sekarang,” katanya.

Beliau berkata, pes berkenaan mudah disediakan dan sesuai untuk mereka yang bekerja.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, dalam tempoh 20 minit resipi tersebut boleh dinikmati oleh seisi keluarga.

Bantuan RISDA

Rafydah berkata, beliau mengusahakan bisnes pes daging salai pada pertengahan 2018 manakala pes ikan patin paes tempoyak pula sekitar 2019.

“Perniagaan pes daging salai menerima bantuan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sementara pes ikan patin paes tempoyak saya usahakan sendiri.

Pes ikan patin paes tempoyak versi Negeri Sembilan yang dikeluarkan oleh Dapur Ibu Jilah.
Pes ikan patin paes tempoyak versi Negeri Sembilan yang dikeluarkan oleh Dapur Ibu Jilah.

“Antara bantuan yang saya terima ialah peralatan membuat makanan, khidmat nasihat dan kursus pemasaran selain pemantauan daripada Pegawai RISDA Jempol, Norhayati Suyod,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau menggunakan modal permulaan sendiri untuk mengusahakan kedua-dua bisnes berkenaan.

“Perniagaan ini saya jalankan di tanah kosong berhampiran kediaman rumah yang terletak di Taman Serting Jaya,Bahau, Jempol,Negeri Sembilan.

“Saya usahakannya dengan bantuan suami, Mohd Fadhli Hassan,45, dan anak-anak sahaja,” katanya.

Untung RM2,000

Pes daging salai batang pinang dan ikan patin paes tempoyak keluaran Dapur Ibu Jilah dijual secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi media sosial.

Di samping itu, ia juga boleh diperoleh daripada ejen rasmi yang dilantik oleh Rafydah Binti Ruslan Enterprise.

“Terdapat sebanyak 12 ejen yang memasarkan kedua-dua produk berkenaan di seluruh Malaysia.

“Di Johor kami mempunyai dua ejen, Selangor (1), Kuala Lumpur (4), Pahang (2), Perak (1), Pulau Pinang (1) dan Melaka (1),” kata Rafydah yang mempunyai lima orang anak berusia antara 3 hingga 16 tahun.

Beliau berkata, setakat ini perniagaan pes berkenaan mencatatkan untung jualan kira-kira RM2,000 pada setiap bulan antara Januari hingga Jun ini.

Katanya, beliau menyasarkan untung sekitar RM6,000 pada setiap bulan bermula dari Julai hingga Disember ini.

Di samping itu, Rafydah berkata, beliau juga merancang memiliki bengkel pembuatan makanan sendiri pada masa akan datang bagi menghasilkan produk baharu yang berkualiti dan halal.