Terpaksa heret katil ibu ke bank

Wanita terbabit terpaksa mengheret katil ibunya yang berusia 100 tahun kerana bank memerlukan pengesahan fizikal waris untuk pengeluaran wang pencen. - Foto Agensi
Wanita terbabit terpaksa mengheret katil ibunya yang berusia 100 tahun kerana bank memerlukan pengesahan fizikal waris untuk pengeluaran wang pencen. - Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Seorang wanita di India terpaksa mengheret katil ibunya yang berusia 100 tahun di bawah panas terik ke bank gara-gara mahu mengeluarkan wang pencen.

Kejadian menyayat hati itu dilaporkan berlaku di daerah Nuapada terletak kira-kira 433 kilometer dari Bhubaneswar di Odisha.

Wanita terbabit terpaksa berbuat demikian selepas pihak bank berkeras mahu pengesahan fizikal penerima untuk pengeluaran wang pencen tersebut.

Gambar yang menjadi tular di media sosial itu turut menerima pelbagai reaksi dan kebanyakan pengguna meminta bantuan disalurkan kepada wanita itu.

Pada Ahad lalu, ahli majlis undangan Nuapada daripada Parti Bharatiya Janata (BJP), Raju Dholakia berkata, beliau telah meminta Ketua Menteri Odisha, Naveen Patnaik untuk melihat perkara tersebut.

Respons beliau bagaimanapun mencetuskan kritikan kerana didakwa tidak mencari jalan untuk membantu wanita terbabit.

Visual menyayat hati itu sekali lagi mendedahkan bagaimana penduduk miskin terpaksa bergelut untuk meneruskan hidup di tengah-tengah ancaman yang semakin meningkat di India yang turut menyaksikan ribuan individu kehilangan pekerjaan dan rumah.

Difahamkan, Odisha merekodkan kira-kira 3,909 kes jangkitan dan 11 kematian yang mana angka itu terus meningkat sejak Siklon Amphan membadai negeri itu hingga menyebabkan bantuan disalurkan kepada penduduk terpaksa dihentikan pada akhir bulan lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: