Jenazah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah selamat dikebumikan

Datuk Hisham Abdul Fattah
Datuk Hisham Abdul Fattah
A
A
A

SEMPORNA - Jenazah Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hisham Abdul Fattah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Rahman di sini, kira-kira pukul 2 petang tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Semporna daripada Kota Kinabalu, pada pukul 11.30 pagi dan dianggarkan lebih 200 orang ramai termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong hadir ke kediaman Allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir.

Hisham, 60, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada jam 9 malam tadi.

Allahyarham menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dua bulan lepas kerana penyakit kanser hati.

Jenazah sebelum itu disolatkan di Masjid Negeri Kota Kinabalu pagi ini sebelum dihantar pulang ke kampung halaman untuk urusan pengebumian.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak lelaki termasuk Saiful Hisham yang merupakan Pegawai Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Sebelum ini Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Perhubungan bagi Parlimen Semporna sebelum dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang pada ketika itu disandang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Bernama

Artikel Berkaitan: