MPK kenal pasti lapan lokasi perniagaan warga asing

Dr Ahmad Fadzli beramah mesra bersama pelanggan di Bangunan Sultan Alam Shah MPK hari ini.
Dr Ahmad Fadzli beramah mesra bersama pelanggan di Bangunan Sultan Alam Shah MPK hari ini.
A
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi fokus melakukan operasi di lapan kawasan yang dikenal pasti menjadi hotspot warga asing menjalankan perniagaan.

Yang Dipertuanya, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, antara kawasan terlibat adalah sekitar Kampung Jawa, Pulau Indah, Telok Gong, Meru, Rantau Panjang, Kapar, Kampung Delek dan Sungai Udang.

"MPK juga akan mengambil tindakan tegas kepada peniaga yang menyewakan premis perniagaan kepada warga asing.

"Hasil pemeriksaan dijalankan, sebanyak 83 penjaja premis warga asing yang menjalankan perniagaan di premis kedai runcit terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Rohingya, Pakistan dan Acheh," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Alam Shah MPK hari ini.

Beliau menegaskan, peniaga yang menyewakan premis perniagaan kepada warga asing akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk berdepan pembatalan lesen.

"Jangan sewenang- wenangnya memberi sewa premis kepada warga asing untuk berniaga, atau mengupah warga asing. Perkara ini akan diambil tindakan tegas oleh MPK termasuk dari segi pembatalan lesen.

"Sepatutnya, selepas beberapa lama menghadapi ekonomi yang terjejas akibat Covid-19 ini, seharusnya ruang ini digunakan dengan sebaik mungkin untuk menjalankan perniagaan sendiri tanpa menggunakan warga asing," katanya.

Menurutnya, tindakan menyewakan premis atau menggajikan pekerja warga asing ini dilihat sebagai perbuatan yang merugikan negara.

Artikel Berkaitan:

"Ini semua melibatkan sikap kita sendiri yang tidak peka dan masa sama tidak mensyukuri nikmat yang ada. Jika kita pergi negara luar adakah kita akan diberi peluang sama seperti apa yang berlaku hari ini.

"Masyarakat perlu dididik dan ditanamkan dengan sifat patriotik, jangan senang menyewa memberi premis kepada warga asing begitu sahaja," katanya.