333 kes aktif Covid-19 di Cheras

Taburan kes Covid-19 mengikut daerah yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebooknya.
Taburan kes Covid-19 mengikut daerah yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebooknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Daerah Cheras mencatat kes aktif koronavirus (Covid-19) tertinggi di negara ini iaitu 333 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif wabak tersebut sebanyak 354 kes di Kuala Lumpur.

Jumlah itu meletakkan Cheras masih di zon merah selain Rembau, Negeri Sembilan yang masih mempunyai 79 kes aktif.

Menerusi info grafik dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat jam 12 tengah hari semalam, Lembah Pantai merekod 15 kes aktif, manakala Titiwangsa dan Kepong masing-masing mencatat tiga kes.

Putrajaya pula ditakrif sebagai zon hijau apabila sifar kes aktif direkodkan.

Di Selangor, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan 57 kes masih aktif dengan daerah Sepang mencatat kes tertinggi iaitu 13 kes.

Daerah Gombak merekod 12 kes aktif, Kuala Langat (11 kes), Hulu Langat (9 kes), Kuala Selangor (4 kes), Petaling (3 kes) manakala Sabak Bernam dan Klang masing-masing tiga dan dua kes.

Hulu Selangor pula ditakrif zon hijau apabila kesemua mukim bersih daripada kes aktif Covid-19.

“Demografi zon kes aktif pada hari ini (semalam) statik seperti semalam (kelmarin) dan perincian data juga hampir sama seperti semalam (kelmarin) kecuali pertambahan jumlah keseluruhan kes serta kes aktif saja.

Artikel Berkaitan:

“Manfaatkan momentum positif ini dengan mengamalkan normal baharu serta gunakan aplikasi SELangkah untuk melindungi anda. Dengan bersikap positif saja kita dapat membebaskan Selangor daripada Covid-19,” menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook STFC.

Setakat semalam, Selangor mencatat satu kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 1,999 kes.

Seramai 1,802 pesakit telah sembuh dan 24 kematian direkod akibat dijangkiti virus berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!