Lelaki kecewa dihalang pandu lalu hanya kerana berkereta kuda

Ian Bell dihalau kerana menaiki kereta kuda ke sebuah restoran makanan segera. - Foto: Metro.co.uk
Ian Bell dihalau kerana menaiki kereta kuda ke sebuah restoran makanan segera. - Foto: Metro.co.uk
A
A
A

CARLISLE - Gara-gara menaiki kereta kuda, seorang lelaki kecewa dihalau dari sebuah restoran makanan segera semasa melalui kaunter pandu lalu di sini.

Menerusi laporan Metro.co.uk, Ian Bell, 55, dihalau oleh pengurus restoran atas faktor kesihatan, kebersihan dan keselamatan pelanggan.

Katanya, dia sudah beratur di belakang beberapa kenderaan untuk membuat pesanan sebelum didatangi pengurus yang melarang terus berada di kaunter pandu lalu.

"Saya sangat kecewa dan tidak melakukan kesalahan apa-apa. Kuda saya bernama Jon Jon juga berkelakuan baik," katanya.

Sementara itu, jurucakap restoran tersebut menjelaskan, pihaknya tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari.

"Kami minta maaf atas insiden tersebut dan kami utamakan keselamatan pelanggan," katanya.

Selepas kejadian, Ian telah pergi ke sebuah restoran makanan segera yang lain dan dilayan seperti biasa meskipun menaiki kereta kuda.

Artikel Berkaitan: