Empat ADUN DAP Selangor nafi sokong PN, ikrar taat setia

Senarai nama beberapa pemimpin dikatakan menyokong PN di Selangor yang tersebar di laman sosial sebelum ini.
Senarai nama beberapa pemimpin dikatakan menyokong PN di Selangor yang tersebar di laman sosial sebelum ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Selangor menafikan menyokong Parti Perikatan Nasional (PN) menerusi penularan senarai nama beberapa pemimpin di media sosial baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan bersama, empat ADUN berkenaan iaitu V Ganabatirau (Kota Kemuning), Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Bharu), Bryan Lai Wai Chong (Teratai) dan Tony Leong Tuck Chee (Pandamaran) berkata, mereka menolak sepenuhnya sebarang bentuk pengkhianatan terhadap parti berkenaan dan Pakatan Harapan (PH) dalam cubaan rampasan kuasa di negeri ini.

"Hari ini, keempat-empat kami ini ingin menekankan bahawa segala pengkhianatan terhadap rakyat menerusi DAP dan PH adalah ditolak secara total oleh kami dalam apa jua keadaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Permatang nafi sertai PN

ADUN Sementa umum keluar PKR

Menerusi senarai nama yang tular itu, terdapat nama beberapa pemimpin lain yang didakwa menyatakan sokongan terhadap PN di Selangor antaranya adalah ADUN Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ADUN Lembah Jaya, Haniza Talha, ADUN Pandan Indah, Ir Izham Hashim, ADUN Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman, ADUN Kajang, Hee Loy Sian dan beberapa lagi pimpinan lain.

Mengulas lanjut, keempat-empat ADUN itu berkata, mereka tidak akan mengkhianati mandat rakyat dan akan terus menjalankan tanggungjawab diamanahkan di kawasan masing-masing.

"Kami berikrar untuk terus setia kepada DAP, PH dan rakyat. Senarai nama yang tular itu adalah palsu dan tidak sahih," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, PN perlu menghentikan segala perbuatan fitnah bagi melakukan cubaan rampasan kuasa kerajaan di Selangor melalui pintu belakang.