X

Kindly register in order to view this article
!

Kilang proses tauhu menjijikkan!

Pengendali didapati tidak memakai penutup kepala semasa memproses makanan dan keadaan dalam kilang proses tauhu yang kotor dan menjijikkan.
A
A

CHERAS - Kotor dan menjijikkan! Begitu keadaan digambarkan di sebuah kilang memproses tauhu di Jalan Pudu Ulu, di sini yang diserbu Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pagi tadi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, dalam operasi bermula jam 10 pagi itu, pihaknya turut menemui urungan lipas di premis terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati lantai dan dinding di ruang penyediaan serta pemprosesan tauhu didapati kotor serta berdaki hitam.

“Pengendali pula didapati tidak memakai kasut dan penutup kepala semasa memproses makanan.

“Pengusaha juga didapati tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Hisham berkata, operasi berkenaan disertai oleh seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan (PPKPK) dan empat Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).

Menurutnya, premis tersebut dikenakan tindakan penutupan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!