Sila log masuk terlebih dahulu.

Empat ditahan, kilang proses dadah diserbu

31 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 31 JULAI 2023

Polis Johor merampas 4.63 kilogram (kg) dadah jenis ketamin dan 166 liter cecair ketamin bernilai lebih RM2.13 juta dalam satu serbuan ke sebuah kilang di Iskandar Puteri, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Dalam serbuan sekitar 7.30 malam pada 25 Julai lalu itu, polis turut menahan tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing bersama sejumlah dadah.

Selain itu, polis turut merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan bagi memproses dadah jenis ketamin.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com