Banyak lagi makanan, kenapa daging babi?

Gambar yang tular dimedia sosial. Gambar kecil, Mohd Ridzuan.
Gambar yang tular dimedia sosial. Gambar kecil, Mohd Ridzuan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Syarikat penerbangan antarabangsa Malaysia Airlines (MAS) perlu lebih peka dalam menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

Presiden Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (Patut), Mohd Ridzuan Shaari berkata, ia bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

"Walaupun telah mengeluarkan permohonan maaf, kita harap MAS akan lebih peka terhadap isu ini.

"Kejadian yang disifatkan sangat memalukan itu tidak patut berulang terutama ketika Malaysia menjadi rujukan kebanyakan dunia khususnya negara-negara Islam dalam soal pembangunan produk makanan halal.

"Banyak lagi produk makanan Malaysia yang boleh diuar-uarkan kepada pelancong luar, kenapa daging babi?" katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: MAS mohon maaf siar iklan daging babi]

Terdahulu, syarikat itu menjadi perhatian susulan promosi makanan dan gambar daging babi yang diterbitkan dalam iklan majalahnya, Going Places keluaran Januari 2019.

Iklan mempromosi makanan dan gambar didakwa daging babi yang diterbitkan dalam majalah tersebut menjadi tular dalam media sosial sehingga mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, MAS tampil memohon maaf ekoran promosi makanan yang diterbitkan dalam iklan majalah syarikat penerbangan itu menyinggung perasaan orang ramai.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'MAS kena jaga kehormatan negara']