Suami isteri ditahan edar dadah

Boon Keng (dua dari kiri) menunjukkan heroin tang berjaya dirampas daripada pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di Ipoh.
Boon Keng (dua dari kiri) menunjukkan heroin tang berjaya dirampas daripada pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di Ipoh.
A
A
A

IPOH - Seorang pemandu lori bersama isterinya ditahan polis dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sekitar Ipoh, Khamis minggu lalu.

Kedua-dua suspek berusia 30 dan 40-an itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di sebuah premis di Desa Rishah di sini, kira-kira jam 6.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, dalam operasi itu, polis turut menemui dadah jenis heroin dan methamphetamine seberat 6.75 kilogram (kg) bernilai RM110,029.

“Pemeriksaan awal pada kedua-dua suspek tidak menemui apa-apa barang yang menyalahi undang-undang hingga lanjutan pemeriksaan dilakukan di sebuah rumah di Taman Muhibbah, Buntong di sini.

“Pemeriksaan diteruskan dan menemui heroin seberat 6.2kg dan methamphetamine (549 gram) di dalam but kereta BMW di rumah terbabit,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Boon Keng berkata, kedua-kedua suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak enam bulan lalu ditangkap dan di bawa ke balai untuk siasatan lanjut.

“Polis turut menyita kereta tersebut, seutas rantai leher, tiga cincin, tiga anting-anting dan tunai berjumlah RM2,100. Jumlah keseluruhan harta yang disita adalah RM26,050.

“Siasatan lanjut mendapati lelaki tersebut mempunyai 10 rekod lampau melibatkan pelbagai kesalahan jenayah seperti curi kenderaan, dadah dan memiliki senjata api.

Artikel Berkaitan:

“Lelaki tersebut direman selama enam hari sehingga Rabu ini manakala isterinya direman empat hari untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori.