Agong santap roti tempayan di kedai tepi jalan

PEKAN - Pekerja dan pelanggan di sebuah kedai roti tempayan di Pekan Pahang di sini dikejutkan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli bersantap di kedai itu hari ini.
Seri Paduka dikatakan dalam perjalanan dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih Ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Sungai Soi di sini namun baginda berkesempatan singgah menikmati santapan roti tempayan dengan mengenepikan protokol.

Perkongsian tersebut dimuat naik di Instagram istana negara 30 minit lalu juga memaparkan beberapa gambar Seri Paduka bersantap sendirian, namun kelihatan juga beberapa pelanggan yang turut berada di kedai terbabit.
Aksi bersahaja baginda menarik perhatian rakyat dan netizen juga menyifatkan baginda seorang Tuanku berjiwa rakyat.

Antaranya dari pengguna Instagram dikenali @fazlizainul berkata, "Tuanku seorang berjiwa besar."
Begitu juga dengan pengguna Instagram, @redza80, "Ini la dia Raja berjiwa rakyat, boleh makan di mana-mana sahaja."
Kata @shari, "Ampun tuanku, tuanku memang terbaik!."
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Krisis institusi diraja, adat Negeri Sembilan: 'Saya tak mahu campur' - Anwar
26 September 2026 12:15amPM lulus peruntukan tambahan RM2.8 juta kepada 14 institut pendidikan Islam Kedah
25 September 2026 11:49pmBelanjawan 2027: Peruntukan usahawan kecil akan ditambah - PM
25 September 2026 08:20pmPMIUM serah memorandum cegah unsur hedonisme dalam minggu orientasi UM
25 September 2026 07:18pmAnggota polis cedera dibelasah dua warga Myanmar
25 September 2026 04:00pmHari kiamat jatuh pada November tahun ini?
25 September 2026 06:03pmRM60,000 lesap dalam pesawat, polis buru suspek warga asing
25 September 2026 10:52amNajib mohon tangguh penjara 15 tahun kes 1MDB
25 September 2026 10:26am- Iklan -- Iklan -
