X

Kindly register in order to view this article
!

Pecah peti besi surau guna tukul

Mohamad Hamdam menunjukkan peti besi yang berjaya dipecahkan oleh pencuri malam kelmarin.
A
A

KUANTAN - Dua penjenayah sanggup memecahkan peti besi yang disimen di Surau Kampung Batu Hitam di sini untuk mencuri duit sumbangan orang ramai malam kelmarin.

Pengerusi surau, Mohamad Hamdan Sulaiman, 57 berkata, pencuri berkenaan dipercayai memecah masuk surau berkenaan menerusi siling ruang solat wanita, seterusnya bertindak memecahkan peti besi yang merupakan tabung di surau tersebut.

Menurutnya, pada mulanya, mereka melakukan kerja-kerja memecahkan peti besi itu dengan menggunakan tukul, parang dan alat pencakar tanah tetapi gagal.

"Jadi, mereka bertindak memecahkan bahagian bawah peti besi yang disalut dengan simen, bagi mendapatkan wang di dalam peti besi itu.

"Mereka juga berjaya pecahkan peti besi sekukuh itu, tapi saya yakin pencuri itu kecewa bila melihat wang dalam tabung itu antara RM20 hingga RM30 wang yang ditinggalkan dalam peti besi itu," katanya ketika ditemui Sinar Harian hari ini.

Beliau memberitahu, pihak surau sudah memungut wang hasil derma jemaah setiap dua hari sekali.

Peti besi yang turut disimen berjaya dipecahkan oleh pencuri yang memasuki Surau Kampung Batu Hitam malam kelmarin.
Peti besi yang turut disimen berjaya dipecahkan oleh pencuri yang memasuki Surau Kampung Batu Hitam malam kelmarin.

Katanya, namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memaksa surau ditutup dan sumbangan tidak lagi diterima.

"Justeru, derma di dalam tabung itu tidak begitu banyak kerana hampir tiga bulan surau tidak dikunjungi orang ramai," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Hamdan berkata, surau berkenaan sebelum ini enam kali dimasuki pencuri melalui tingkap dan pintu hadapan.

Menurutnya, bagaimanapun, namun ini kali pertama peti besi sumbangan seorang individu dipecah.

"Selepas penat berusaha memecah peti besi menggunakan tukul dan parang, pencuri terbabit bertindak menceroboh Taman Bimbingan Kanak-Kanak Kemas Batu Hitam dan memasak sardin bagi mengalas perut.

"Saya percaya pencuri terbabit tidak begitu mahir mencuri dan mungkin masih baharu aktif," katanya

Beliau juga yakin pencuri berkenaan menggunakan motosikal yang diletakkan kawasan gelap antara surau dan tabika bagi mengelak dikesan penduduk.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf