'Anak naga' tarikan di gua Slovenia

Hanya 30 pengunjung dibenarkan pada satu masa untuk melihat sendiri 'anak naga' yang dipamerkan di gua terkenal Postojna terletak kira-kira 50 kilometer di barat daya Ljubljana. - FOTO: AFP
Hanya 30 pengunjung dibenarkan pada satu masa untuk melihat sendiri 'anak naga' yang dipamerkan di gua terkenal Postojna terletak kira-kira 50 kilometer di barat daya Ljubljana. - FOTO: AFP
A
A
A

POSTOJNA - Tiga ekor 'anak naga' dipamerkan di sebuah gua di Slovenia di mana haiwan itu menetas pada 2016 selepas kejayaan pembiakan spesies olm atau proteus (proteus anguinus) yang jarang berlaku.

Hanya 30 pengunjung dibenarkan untuk melihat sendiri spesies pemangsa purba akuatik itu yang dipercayai boleh hidup sehingga 1,000 tahun dan dibiakkan sekali dalam tempoh sedekad.

"Kami berbangga untuk memperkenalkan tiga daripada 21 anak olm yang merupakan baka naga terkenal," kata jurucakap Postojna dalam satu kenyataan.

Difahamkan, bagi memastikan ia terus hidup dan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang haiwan itu, pihak berkuasa gua telah menempatkan kesemuanya di dalam sebuah makmal secara rahsia.

Haiwan yang dikategorikan sebagai amfibia yang buta itu boleh mencapai ukuran maksimum 35 sentimeter panjang dan saiznya jauh lebih kecil daripada naga menakutkan yang sering diceritakan dalam kisah rakyat.

Olm tersebut dipercayai telah berada di gua terkenal Postojna terletak kira-kira 50 kilometer di barat daya Ljubljana selama jutaan tahun.

Keputusan untuk mempamerkan bayi naga itu dibuat beberapa hari selepas salah sebuah gua terbesar di Eropah itu yang biasanya menarik 700,000 pengunjung setiap tahun dibuka semula selepas penutupan selama tiga bulan akibat wabak koronavirus (Covid-19). - AFP

Artikel Berkaitan: