122 mangsa banjir di empat pusat pemindahan setakat 8 pagi

A
A

KUCHING – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di empat pusat pemindahan di bahagian Kuching terus meningkat kepada 122 orang daripada 29 keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan di sini, berkata 21 orang daripada empat keluarga dipindahkan ke SK Sebat di Sematan, Lundu, yang dibuka pada 23.30 malam tadi berikutan hujan berterusan.

Sementara 42 mangsa daripada 11 keluarga terjejas ditempatkan di Balai Raya Kampung Paon, Lundu, yang dibuka pada 12.30 tengah hari semalam.

Seramai 32 orang daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di Dewan Sinaran Kampung Lumut dan 27 mangsa daripada lima keluarga berada di Surau Ar Rahman di Kampung Sungai Batu, daerah Kuching. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia