Tujuh negeri catat kes baharu Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah- Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah- Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak tujuh negeri hari ini merekodkan kes baharu positif wabak koronavirus (Covid-19) dengan keseluruhan 15 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes yang dilaporkan itu adalah penularan tempatan yang melibatkan rakyat Malaysia.

"Negeri Sembilan merekodkan jumlah tertinggi iaitu lima kes di mana tiga kes adalah saringan pusat tahfiz, dan masing-masing satu kes melibatkan saringan penjawat awam di Seremban yang bercadang untuk pulang ke Sabah dan saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 di Negeri Sembilan.

"Kontak berlaku semasa aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya pertama yang lalu, di Selangor pula mencatatkan empat kes baharu melibatkan dua kes saringan di pusat tahfiz dan dua kes saringan pasukan barisan hadapan (bukan petugas kesihatan) di Sabak Bernam," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari.

Menurutnya, lain-lain negeri adalah masing-masing satu kes di Melaka, Perak, Sabah, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, bagi penularan tempatan melibatkan warga asing, sebanyak 21 kes telah dikesan dalam kalangan penghuni Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil yang telah dipindahkan ke Akademi Imigresen Malaysia (AIM) di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Katanya, kesemua yang dikesan positif itu selepas menjalani ujian saringan kali ketiga.

Artikel Berkaitan: