Harapan Spurs ke Liga Juara-Juara musnah

Sebahagian peman Spurs meraikan jaringan. Foto : gettyimages
Sebahagian peman Spurs meraikan jaringan. Foto : gettyimages
A
A
A

Bekas pengendali Tottenham Hotspurs Tim Sherwood meramalkan harapan untuk bekas skuad kendaliannya itu untuk layak beraksi ke saingan Liga Juara-Juara akan musnah jika mereka gagal menewaskan Manchester United.

Sherwood berkata, Spurs tidak boleh melakukan sebarang kesilapan ketika berdepan skuad The Red Devils itu 19 Jun depan, jika mahu merealisasikan hasrat untuk kembali beraksi di pentas Liga Juara-Juara.

"Spurs dan United akan bertemu 19 Jun ini pada aksi yang berlangsung tanpa kehadiran penonton dan pada perlawanan ini, Spurs langsung tidak boleh keciciran sebarang mata berdasarkan kepada perbezaan empat mata antara mereka.

"Prestasi sebelum saingan EPL ditangguhkan sudah tidak boleh dikira. Ia diibaratkan sebagai musim baharu. Mereka ada sembilan perlawanan lagi untuk ditamatkan bagi menepati objektif untuk layak ke Liga Juara-Juara," katanya.

Untuk rekod, Spurs masih belum mencatat sebarang kemenangan bagi enam perlawanan terdahulu sebelum saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2019/20 ditangguhkan akibat pandemik Covid-19, Mac lalu.

Dalam perkembangan berkaitan Spurs juga sebenarnya berpeluang layak ke saingan Liga Juara-Juara kali ini.

Bagaimanapun, tindakan penggantungan selama dua musim terhadap Manchester City diadakan biarpun United kini berada pada tangga kelima.

Sementara itu Sherwood menyifatkan posisi tengah United kali ini agak mantap dengan kehadiran beberapa pemain muda berkaliber.

Artikel Berkaitan:

"Untuk perlawanan ini, posisi tengah United juga dilihat agak mantap apabila Pogba sudah kembali beraksi selain dengan kehadiran Bruno (Fernandes) dan Scott (McTominay)," katanya.