OP Benteng banteras kemasukan PATI

Pemantauan di Jeti Pangkalan Nelayan Kampung Sungai Timun di sini.
Pemantauan di Jeti Pangkalan Nelayan Kampung Sungai Timun di sini.
A
A
A

REMBAU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau melaksanakan OP Benteng bagi menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti penyeludupan ke daerah ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, operasi melalui kawalan di darat itu dibuat melalui rondaan menggunakan motosikal dan kereta dari sempadan Port Dickson sehingga sempadan negeri Melaka.

Menurutnya, markas utama OP Benteng Daerah Rembau telah ditempatkan di Jeti Pangkalan Nelayan Kampung Sungai Timun di sini.

"Usaha ini bagi mengekang kemasukan PATI dan aktiviti penyeludupan yang cuba memasuki daerah Rembau melalui laluan muka kuala ke pesisiran sungai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anuar Bakri turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkenan aktiviti penyeludupan supaya melaporkan kepada pihaknya melalui Pusat Kawalan IPD Rembau di talian 06-6851999.

Artikel Berkaitan: