Sultan Johor arah siasat isu kain rentang anti Rohingya

 Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Pejabat Penghulu menjalankan siasatan terperinci berkenaan isu kain rentang anti Rohingya yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah, isu tersebut mengundang pelbagai reaksi negatif terutamanya terhadap institusi masjid dan surau di kawasan berkenaan.

"Saya juga mahu semua pihak berhenti menyebarkan khabar angin dan spekulasi kerana tindakan sedemikian hanya akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

"Jangan terburu-buru mengeluarkan kenyataan di media sosial tanpa usul periksa sehingga lupa bahawa perkara yang ditulis kemungkinan adalah fitnah," titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) dan dimuat naik dalam Facebook rasmi Sultan Johor hari ini.

Baginda mengingatkan bahaya fitnah adalah lebih besar dosanya daripada membunuh seperti peringatan dalam surah Ayat 217, Surah Al-Baqarah.

Artikel Berkaitan: