X

Kindly register in order to view this article
!

Peguam Zarina Anjoulie dapatkan penghakiman terus terhadap Amyza

Amyza Aznan, Zarina Anjoulie
A
A

KUALA LUMPUR - Peguam Nurul Hafidzah Hasan yang mewakili pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul membuat permohonan di Mahkamah Tinggi hari ini bagi memasukkan penghakiman terhadap pelakon Amyza Aznan yang sehingga kini tidak memberi sebarang maklum balas.

Permohonan itu yang sebelum ini telah difailkan pada 3 Jun lalu adalah berdasarkan kenyataan fitnah berhubung bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh kerajaan berikutan wabak koronavirus (Covid-19)

Nurul Hafidzah ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya membuat permohonan itu berikutan terdapat beberapa kenyataan fitnah yang dituntut anak guamnya sebelum ini dan sehingga kini tidak dijawab Amyza dan tiada kehadiran daripada pihak berkenaan.

"Tiada kehadiran langsung dimasukkan (oleh Amyza) tidak tahulah dia mahu masukkan kehadiran atau tidak.

"Sebab masa dah panjang kita dah failkan tuntutan saman sejak April lalu dan sekarang dah nak masuk bulan Julai," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Farah Shuhada Ramli.

Hafizah berkata, mahkamah menetapkan tarikh pendengaran kes di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar pada 25 Jun ini.

Sebelum ini, Zarina Anjoulie memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap rakan seperjuangannya, Amyza Aznan berhubung kenyataan mengenai bantuan khusus untuk artis tempatan susulan BPN oleh kerajaan berikutan wabak Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus