Barca akan beli penyerang lagi

Dari kiri, Messi, Griezman dan Suarez meraikan jaringan dalam satu perlawanan La Liga tidak lama dahulu. - Foto Getty Images
Dari kiri, Messi, Griezman dan Suarez meraikan jaringan dalam satu perlawanan La Liga tidak lama dahulu. - Foto Getty Images
A
A
A

BEKAS pengendali Arsenal, Arsene Wenger yakin gergasi La Liga, Barcelona akan membawa masuk penyerang baharu walaupun sedang mengharapkan peningkatan prestasi penyerang sedia ada, Antoine Griezman.

Menurut Wenger, dia tidak percaya bahawa skuad The Catalans itu perlu menambah 'sengat' pada jentera serangan pasukan, namun mereka tetap mahu menambah pemain dalam pasukan dengan menandatangani pemain baharu.

Bagaimanapun, Wenger percaya Griezman mampu meningkatkan semula prestasinya sebelum kemasukan pemain penyerang baharu penghujung musim ini.

"Memang benar Suarez dan (Lionel) Messi adalah penyumbang gol utama pasukan dan Barca mungkin perlukan pemain yang boleh menjaringkan gol.

"Namun, saya tetap menjangkakan Griezman apabila mencapai tahap terbaiknya, akan menjaringkan gol. Lagi pun, dia adalah seorang penjaring gol yang baik," katanya.

Untuk rekod, Griezmann hanya menjaringkan 14 gol dalam 37 penampilannya bersama Barca setakat ini selain dilihat bergelut untuk kekal cergas sejak tiba di Nou Camp.

Sementara itu Wenger berkata, Barca turut dikaitkan dengan kehadiran bintang Inter Milan, Lautaro Martinez yang turut dilihat pengganti jangka panjang bagi Luis Suarez.

Malah katanya, Barca telah pun membawa masuk penyerang Denmark, Martin Braithwaite Februari lalu.

Artikel Berkaitan:

"Barcelona sentiasa membawa masuk pemain-pemain terbaik. Secara peribadi, saya sendiri pun tidak pasti apakah Suarez (Luiz) juga akan digantikan kelak.

"Cuma, saya optimis Barcelona tetap akan membeli penyerang berkualiti pada musim perpindahan musim panas akan datang," katanya.