Jangan pandang rendah Spurs

Alderweireld
Alderweireld
A
A
A

TOTTENHAM Hotspur memberikan amaran kepada pasukan lawan bahawa mereka berada dalam keadaan cergas dan terbaik untuk menyambung semula saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Spurs akan memulakan semula aksi EPL pada 20 Jun ini menenntang Manchester United di Wembley selepas saingan ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 sejak Mac lalu.

Menurut tonggak pertahanan Spurs, Toby Alderweireld, Pertembungan menentang United itu penting dalam menentukan slot kelayakan Liga Juara-Juara dengan The Red Devils berada di kedudukan kelima dan Spurs ketinggalan empat mata di tangga kelapan.

"Saya rasa kami telah mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin. Orang berfikir sepanjang tempoh berkurung itu, kami bercuti. Tetapi, tidak. Kami sentiasa berlatih.

"Setiap hari adalah hari latihan, tidak ada yang boleh mengatakan tidak. Kami mempunyai peralatan untuk menjaga tahap stamina kami yang dibekalkan oleh kelab.

"Ketika berlatih, kami berlatih dengan sangat keras. Kadang-kadang lebih sukar untuk berlatih secara individu. Namun, apa jua keadaan kami sudah bersedia untuk memulakan semula saingan EPL," katanya.

Dalam pada itu, Alderweireld menyifatkan tiga minggu yang diberikan oleh pihak Liga Perdana untuk kembali berlatih secara menyeluruh sebelum saingan EPL bersambung semula tidak memberikan masalah buat Spurs.

"Ada pasukan yang mengeluh kerana tempoh untuk berlatih sebelum saingan bersambung sangat singkat. Tetapi, bagi saya semua pemain kena tahu dan bersedia dalam tempoh berkurung dengan stamina masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Dari segi mental dan fizikal, kami harus bersedia sepanjang masa.Pihak Liga Perdana boleh mengatakan bahawa persiapan mungkin dua hingga tiga minggu tetapi kami tahu kami harus bersedia.

"Kami hanya perlu mempersiapkan diri secara fizikal dan mental untuk waktu yang tepat," katanya.