Sibuk swafoto ketika polis bergelut dengan suspek

Rakaman video menunjukkan seorang lelaki sibuk berswafoto semasa polis sedang bergelut dengan suspek.
Rakaman video menunjukkan seorang lelaki sibuk berswafoto semasa polis sedang bergelut dengan suspek.
A
A
A

HACKNEY - Orang ramai bertindak mengambil gambar, merakam video malah ada juga berswafoto ketika dua anggota polis sedang bergelut dengan lelaki di Hackney London.

Tindakan orang ramai yang tidak membantu anggota polis terbabit dikecam netizen setelah video durasi 40 saat dimuat naik di Twitter @NormanBrennan, lapor Metro.

@NormanBrennan berkata, situasi itu agak tegang di mana dua anggota polis terpaksa bergelut dengan seorang lelaki, namun tiada sesiapa bantu meleraikan pergaduhan tersebut.

Menurutnya, polis menangkap seorang suspek yang ada kaitan dengan serangan di Frampton Park Road, Hackney, Timur Laut London pada jam 3.30 petang semalam.

Namun, kedua-dua polis itu telah diserang dipercayai rakan suspek dan hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu.

Inspektor Martin Rolston berkata, dua lelaki berusia 20 tahun dan 38 tahun ditahan polis kerana menyerang polis.

Artikel Berkaitan: