Kluster Pedas catat 16 kes baharu

Sebanyak 16 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di kluster Pedas, Negeri Sembilan hari ini.
Sebanyak 16 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di kluster Pedas, Negeri Sembilan hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 16 kes baharu positif wabak koronavirus (Covid-19) direkodkan di kluster Pedas, Negeri Sembilan membabitkan pekerja kilang yang menjalani ujian saringan kali kedua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebelum ini kesemua pekerja kilang tersebut telah dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif.

"Kita telah kuarantin mereka yang terdedah kepada kes positif (yang dikesan positif hari ini) dan kita akan menjalankan saringan iaitu (pada) hari ke-13.

"Selepas itu kita akan jalankan saringan kali kedua dan bila mereka positif kita akan asingkan mereka dengan menempatkan di hospital," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pertambahan mendadak kes positif di kluster berkenaan.

Hari ini kluster tersebut melonjak kepada 276 kes apabila 16 kes baharu dikesan.

Terdahulu, KKM pada 8 Mei lalu mengesan 60 individu dijangkiti Covid-19 dalam kluster Pedas iaitu melibatkan warga pekerja sebuah kilang di mukim itu yang dikesan sejak 2 Mei lalu.

Kluster itu mula dikesan apabila seorang kakitangan kilang didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April.

Artikel Berkaitan: