8,500 majikan di Melaka mohon PSU

Sulaiman (dua dari kanan) dan Abd Razak (tiga dari kanan) ketika Majlis Penyerahan Faedah Perkeso di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Sulaiman (dua dari kanan) dan Abd Razak (tiga dari kanan) ketika Majlis Penyerahan Faedah Perkeso di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka menerima kira-kira 8,500 permohonan Program Subsidi Upah (PSU) daripada majikan di negeri ini.

Pengarahnya, Abd Razak Omar berkata, 80 peratus daripada jumlah itu dipohon oleh majikan yang mempunyai bilangan pekerja di bawah 70 orang.

Menurutnya, beliau menjangkakan permohonan itu akan bertambah selepas Perkeso melanjutkan tempoh permohonan itu dan lebih ramai pekerja akan mendapat manfaat.

"Dengan adanya PSU, bilangan pekerja yang diberhentikan tidak ramai sekali gus mengurangkan masalah pengangguran," katanya ketika Majlis Penyerahan Faedah Perkeso kepada di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Terdahulu Ab Razak mengiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali menyampaikan cek Faedah Pengurusan Mayat kepada waris Allahyarham Norazila M Noor.

Abd Razak berkata, sehingga Mei lalu Pejabat Perkeso negeri telah membuat bayaran faedah sebanyak lebih RM10 juta membabitkan bayaran faedah Hilang Upaya Sementara (HUS), Hilang Upaya Kekal (HUK), Faedah Orang Tanggungan, llat, Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat.

Menurutnya, jumlah bayaran faedah pada tahun lalu sebanyak RM51.6 juta dan bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) pihaknya telah menjelaskan bayaran faedah seramai 20 orang berjumlah RM72,734 termasuk Skim HUS, HUK dan bayaran ganti belanja.

"Bagi bayaran kehilangan pekerjaan di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) sejumlah RM1.6 juta telah dibayar melibatkan 682 kes bagi bulan Januari sehingga Mei lalu," katanya.

Artikel Berkaitan: