Kes Covid-19 meningkat, Indonesia bakal perketat pergerakan

Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia setakat ini berjumlah 34,316 dengan 1,959 kes kematian.
Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia setakat ini berjumlah 34,316 dengan 1,959 kes kematian.
A
A
A

JAKARTA - Semalam Indonesia melaporkan 1,241 kes baharu Covid-19, jumlah tertinggi dalam tempoh sehari.

Negara itu akan akan mengenakan semula langkah-langkah pencegahan yang ketat atau sekatan pergerakan jika peningkatan kes baharu Covid-19 terus meningkat, kata Presiden Joko Widodo pada Rabu, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Semasa melawat Pejabat Pasukan Petugas Kebangsaan Covid-19 di Jakarta, Widodo mahu ketua daerah melaksanakan fasa kebiasaan baharu ke dalam rutin harian masyarakat.

Tambah beliau, selalunya ada risiko kawasan penularan virus baharu atau peningkatan jangkitan andai kebiasaan baharu tidak diterapkan di peringkat awal.

Kes jangkitan setakat ini berjumlah 34,316 termasuk 1,959 kematian dan 12,129 pesakit sembuh.

Menurut statistik kerajaan setakat 2 Jun, seramai 3.05 juta orang di Indonesia kehilangan pekerjaan akibat wabak Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: