Jangan sampai peneroka Felda ramai-ramai lempang kau Cef Wan!, kata Isham Jalil

Isham Jalil
Isham Jalil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Pegawai Khas Perdana Menteri, Isham Jalil, hairan dengan sikap yang ditonjolkan Cef selebriti, Cef Wan susulan tindakannya yang mahu menampar Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, sedarkah Cef Wan bahawa orang yang mahu dia tampar itu merupakan insan yang banyak membantu peneroka Felda.

"Chef Wan tu siapa ya? Dia tukang masak kat mana?.

"Dan kenapa beliau nak tampar orang yang banyak bantu peneroka Felda,"? katanya dalam perkongsian terbaharunya di Facebook.

Jelasnya, apa yang menggusarkan beliau adalah tindakan Cef Wan itu bakal membawa padah kepadanya.

"Saya gusar nanti peneroka Felda yang berjemaah ramai-ramai lempang Chef tu," katanya yang juga Pengerusi Jaringan Sukarelawan Malaysia.

Cef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail hari ini yang hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai, menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap pentadbiran BN dahulu yang dakwanya tidak menjaga Felda dengan baik.

Dakwanya BN 'merompak' agensi Felda sehingga bankrap.

Artikel Berkaitan:

Justeru Cef Wan mahu menampar muka Najib kerana berang dengan tindakan bekas Perdana Menteri itu yang menyebabkan Felda 'hancur'.