Dera anak tiri sampai mati, tukang rumah dijel 20 tahun

Rosmanan dipenjara 20 tahun kerana mendera anak tirinya sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Rosmanan dipenjara 20 tahun kerana mendera anak tirinya sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang rumah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini kerana mendera anak tirinya sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak berusia 5 tahun itu pada tahun 2017.

Tertuduh, Rosmanan Abdul Rahman, 41, sebelum itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat, di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian Muhammad Hairil Amsyar Abdul Rahman di Felda Tenang, Jerteh, Besut antara 25 hingga 28 Jun 2017.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud dan Rohaiza Abd Rahman manakala tertuduh diwakili peguam daripada Tetuan Aziz & Co.

Dalam kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dibawa tertuduh untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut, dengan memberi alasan mangsa terjatuh daripada motosikal.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati, kematian mangsa disahkan berpunca daripada hentakan kuat yang menyebabkan koyakan pada usus kecil.

Mangsa juga mengalami beberapa kesan lebam lama dan baharu di badan.

Artikel Berkaitan: