8 remaja langgar PKPB dikompaun RM1,000

No Image Caption
A
A
A

LABUAN - Lapan remaja dikompaun RM1,000 selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila berkumpul di balkoni sebuah apartmen di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, remaja berusia 17 hingga 19 tahun terbabit ditahan selepas didapati berkumpul di balkoni tingkat 11 Apartmen Ganggarak Permai pada jam 5 pagi.

“Pasukan pemantau dan peronda PKPB ke apartmen itu selepas menerima aduan awam mengenai gangguan di kawasan itu, apabila pasukan sampai, remaja lelaki berkenaan sibuk bermain permainan mudah alih dan melanggar jarak sosial.

“Kesemua mereka dibawa ke balai polis untuk dikompaun dan kenyataan mereka direkod...memandangkan PKPB akan berakhir esok, remaja ini mungkin pesalah terakhir yang melanggar arahan itu di Labuan,” katanya.

Menurutnya, remaja terbabit diberi tempoh 14 hari untuk membayar kompaun atau berdepan tindakan dakwaan di mahkamah jika gagal membuat bayaran. - Bernama

Artikel Berkaitan: