KKM cadang laksana dua syif di klinik

Dr Noor Hisham ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang menyediakan perkhidmatan dua syif di hospital dan klinik terpilih supaya dapat mengatasi masalah kesesakan di ruang menunggu fasiliti tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pelaksanaan itu akan bermula di hospital atau klinik kategori dua dan tiga yang besar dan sesak.

Menurutnya, cadangan itu dibuat berikutan kes berkaitan wabak koronavirus (Covid-19) yang menunjukkan penurunan ketara ketika ini.

"Kita telah pun mencadangkan untuk mengadakan (perkhidmatan kesihatan) dua syif di klinik iaitu syif pagi dan petang. Setiap langkah (diambil) untuk kita mengamalkan penjarakkan sosial," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan koronavirus (Covid-19) di kementeriannya di sini hari.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada KKM bercadang untuk melaksanakan sistem dua syif di hospital dan klinik bagi mengelak kesesakan.

Beliau berkata, pihaknya juga bercadang menggunakan kaedah janji temu dan pesakit hanya perlu datang mengikut masa ditentukan.

"Jadi itulah yang kita akan lihat cara pelaksanaan keseluruhan pada klinik kesihatan dan juga di hospital sebab kita mahu elak kesesakan di ruang menunggu," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, orang ramai juga digalak untuk menggunakan perkhidmatan klinik maya atau mendapatkan kiriman pos bagi mendapat bekalan ubat tanpa perlu datang ke klinik.

Artikel Berkaitan: