Tujuh pemandu mabuk ditahan

Anggota trafik senang menjalankan ujian kandungan alkohol ke atas pemandu kenderaan.
Anggota trafik senang menjalankan ujian kandungan alkohol ke atas pemandu kenderaan.
A
A
A

PETALING JAYA – Seramai tujuh lelaki ditahan dalam Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, penahanan kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 28 hingga 51 tahun itu turut melibatkan pemeriksaan ke atas seramai 375 pengguna jalan raya dan 360 kenderaan.

Pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi bermula pada jam 11 malam hingga 3 pagi.

“Fokus utama operasi ini bertujuan untuk membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol sekali gus membahayakan keselamatan dan menyebabkan kematian orang lain,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, hasil tinjauan menunjukkan masih ramai pengguna jalan raya memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kesemua individu yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 45(A)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: