Armada sedia beri kerjasama kepada SPRM

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan wang berjumlah RM600,000.

Armada dalam satu kenyataan menegaskan, pihaknya menolak sebarang bentuk penyelewengan dan mengalu-alukan siasatan secara adil.

"Armada Bersatu Malaysia sedia bekerjasama dengan SPRM untuk menyiasat perkara ini selagi mengikut garis panduan dan prosedur yang betul.

"Kami sentiasa berpegang pada prinsip berani kerana benar namun RM600,000 yang disebut adalah sebahagian daripada jumlah wang yang dikeluarkan bagi persiapan untuk kegunaan Bantuan Covid-19, bulan Ramadan dan hari raya.

"Hal ini adalah kerana ketidaktentuan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, fasa pertama bantuan makanan telah diedarkan di seluruh negara pada bulan Ramadan.

Katanya, bantuan kebajikan tambahan juga telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

"Ini adalah perkara asas bagi menjaga kebajikan ahli seperti mana yang dilakukan oleh Bersatu di peringkat Pusat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, SPRM hari ini dilaporkan merampas wang tunai berjumlah RM600,000 di rumah dua ahli Armada.

Menurut laporan The Star, wang tersebut dipercayai milik parti itu.