Kerajaan boleh tarik balik lesen 'food truck'

Anggota PBS Marin menerima sijil keanggotaan daripada Zuraida.
Anggota PBS Marin menerima sijil keanggotaan daripada Zuraida.
A
A
A

PASIR PUTEH - Pengusaha 'food truck' yang gagal mematuhi polisi yang ditetapkan akan ditarik balik lesennya dan boleh didenda.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, food truck mesti beroperasi dengan keseragaman yang baik dengan pemilik mengikut garis panduan yang diberikan.

"Pemilik perlu mematuhi garis panduan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pengangkutan Jalan dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

"Jika gagal memenuhinya pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menarik balik lesen dan dikenakan denda mengikut undang-undang kecil," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Marin di Penempatan Semula Nelayan di Tok Bali, hari ini.

Artikel Berkaitan: