KKM sukar sahkan punca sebenar kematian pesakit Covid-19

Dr Noor Hisham semasa mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham semasa mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan sukar mengesahkan punca sebenar kematian 117 individu melibatkan kes koronavirus (Covid-19) setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian yang direkodkan itu sama ada disebabkan penyakit Covid-19 atau komplikasi daripada virus berkenaan.

"Contohnya penyakit Covid-19 tapi virus mungkin sudah sampai ke jantung dan menyebabkan pembekuan darah di jantung dan mati sebagai sakit jantung.

"Jadi sekarang ini mati sakit jantung atau disebabkan Covid-19. Jadi kita ada kerumitan untuk melihat kepada punca kematian.

"Kalau dia positif Covid-19 tetapi dia membunuh diri, yang itu kita boleh asingkan (data) atau kalau dia positif terbabit dalam kemalangan jalan raya sebab kematian adalah kemalangan jalan raya," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, penelitian perlu dibuat sebelum data punca kes kematian dikemas kini.

"Kita kena lihat (punca sebenar) sebelum kita asingkan dan dikemaskinikan data," katanya.

Artikel Berkaitan: