Kenyang telan dua ekor anak kucing

Ular sawa yang menelan dua ekor anak kucing di Kampung Bintang Batu Pahat, petang tadi.
Ular sawa yang menelan dua ekor anak kucing di Kampung Bintang Batu Pahat, petang tadi.
A
A
A

BATU PAHAT - Seekor ular sawa seberat 25 kilogram (kg) yang kekenyangan selepas menelan dua ekor anak kucing berjaya ditangkap di Kampung Bintang di sini, petang tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan II, Asribin Tumin berkata, selepas menerima panggilan kecemasan jam 2.30 petang, seramai lima anggota bomba dan satu utiliti Hilux ke lokasi kejadian.

"Anak kepada penduduk itu difahamkan hendak memberi makanan kepada kucing di dalam sangkar, namun terkejut apabila melihat seekor ular sawa berada di dalam sangkar itu.

"Ular sawa tersebut bertindak agresif ketika pihak bomba ingin menangkapnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, ular tersebut berjaya ditangkap dengan menggunakan penjerut.

"Ular sawa itu didapati telah menelan dua ekor anak kucing," katanya.

Artikel Berkaitan: