Ahli Parlimen Lubok Antu serah aku janji sokong PN

Muhyiddin menerima surat aku janji Tambat@Jugah di Putrajaya hari ini.
Muhyiddin menerima surat aku janji Tambat@Jugah di Putrajaya hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat@Jugah Muyang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

Pada pertemuan tersebut, Tambat@Jugah menyerahkan aku janji menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Muhyiddin.

Semalam, Ahli Parlimen Lubok Antu itu mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dalam kenyataan pada Jumaat itu, beliau turut menyatakan ikrar sokongan kepada Muhyiddin dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

"Saya telah berbincang dengan para penyokong saya dan mereka bersetuju agar saya menyokong penuh kerajaan PN demi kebaikan dan pembangunan kawasan Lubok Antu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Lubok Antu keluar PKR, ikrar sokong kerajaan PN

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, Tambat@Jugah bertanding sebagai calon Bebas dan menang atas mandat rakyat sebelum bersama penyokongnya menyertai PKR yang menjadi sebahagian kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Selepas pertemuan bersama Tambat@Jugah, Perdana Menteri menerima kunjungan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang hadir bagi menyerahkan borang keahlian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini Syed Abu Hussin Hafiz merupakan Ahli Parlimen Bebas.